05 August 2021

#CucukMyAZ

Done dua dos vaksin, Jun dan Ogos hihi. This week dah 22nd week of internship. Aku nak story semalam punya task yang aku buat. Ok since ada new trainee yang masuk, aku kena harus wajib la ajar dorang ilmu yang aku dah dapat, supaya dorang senang nak sambung kerja aku. 8 pagi aku dah terpacak dekat office compounding. Jap nak selit. On the way pergi kerja hujan lebat ye ok. Dah dkt ofis, chemist dekat situ minta tolong aku record video dia kejap haha aku tolonglaa eh btw belia ni senior course aku dekat uni. 

Ok pastu terus start kena compound chemical. Compound tu apa? Dia macam ko campur campur chemical tapi sebelum tu kena prepare dulu semua bahan, baru senang nanti tinggal timbang, pastu campur je gitu. Yang kali ni senang sebab chemical semua worker dah tolong ambil dah so tak payah la aku nak kena collect satu satu dari tank, kena tanya mana nak dapat bahan tu, bahan ni. Proses ni yang lambat sikit. Ok dah lepas part tu. Semua bahan dah ada dekat lab, tinggal bawa turun weighing balance je dari office. Pastu aku pun measure la setiap bahan tu lain lain la measurement dia. And aku buat tu untuk 4 set weh haha selalu paling banyak pun dua tau. Dah buat buat, aku target before lunch dah siap compund (mix semua bahan dalam drum besar) tapi sebab apa tah yang lambat, lunch pun tiba, so kena continue lepas lunch.

By the way masa tengah timbang, asingkan bahan tu my sv ada ws untuk ingatkan task lain but aku tak reply. And dia siap call tanya aku tengah buat apa dekat mana haha pastu dia tau aku busy tak jadi nak kasi aku task. Benda yang aku buat compound bagai ni my sv tahu je cuma dia taktahu yang kena compound sampai 4 sets (sebab ni aku tolong researcher tu compound je unuk study dia & ajar new trainee). In addition, haha masa tengah compound tu another task menunggu yang kena buat jugak by that day. So aku kata after compound baru boleh scan sample. Before lunch, kan aku kata aku tak reply my sv punya ws kan. Dia datang cari aku dekat r&d area 😆 Dia tanya lepas lunch apa lagi task aku sebab dia nak kasi aku task. Aku pun bagitau la pe benda aku kena buat. Banyakkk and my sv lepas dengar, dia arrange task mana dulu aku patut buat anddd dia tak kasi pun task yang dia nak kasi aku buat tu sebab aku dah busy, hehe. 

Right after lunch and solat, aku pi hantar sample dekat factory sebelah untuk testing. Pastu laju laju balik factory semula, sambung compound lagi dua sets. And aku siap at 3.30pm wehhh haha tu je yang paling laju aku boleh siapkan. Sambil buat tu, sambil assist new trainee buat task lain wowerz tahniah farah hahahaha lepas settel compound chemical task, aku mintak slot untuk tarik tensile pulak. Kalau korang tau, tau la tensile tu macam mana yang aku selalu up story haha yang ni aku buat until 5pm dapat 4 sets juga ngam la untuk sorang yang buat. Kalau buat dua orang lagi laju. Tapi thanks juga new trainee dia sambil buat task dia, sempat basuhkan all beakers yang dah guna tadi. Sebab nak aku nak balik on time 530 sebab nak kena pikap kek dekat kedai, kedai tutup pukul 6.

Habis aku tarik tensile, my sv ada dekat lab, then we discuss pasal results and incoming task for next next day eh next week sebab this week aku dah tak masuk sbb vaccine. Pastu dah 5.20pm aku tanya ada pape lagi ke sbb nak naik ofis, siap siap nak balik pikap kek for my mom ahahaha then my sv like okay goo enjoyy then aku terus cau.Terus drive pergi kedai. weh sampai sampai kedai dah tutup ko rasaaaa. Pastu rupanya orang tu tunggu dkt dalam kedai. Kedai tu namanya Kekartel aku beli pavlova untuk kali kedua. Then balik sambut birthay umiiii. Esoknya which is harini (Thursday) pi vaccine 2nd dose. Tiba tiba panjang eh yang ni. Ok lah sambung nanti. Btw harini pnya kes covid 20k sekian.

11 July 2021

9,105

 Hello harini takda topic yang specific pun nak story. Saja nak update blog. This week officially sister work from home ya since Tuesday. Sebab finaly factory didatangi pihak berkuasa dan diarahkan tutup. Teruk sangat dah kes covid hari hari. Apa lagi kita masih kena terperuk lagi dalam rumah. Oh sekarang dah pkp 3.0 dan dah tak guna nama pkp dah. Tukar PPN. Mood dalgona aku dah datang balik. Dua hari dok buat kopi susu sedap terok hahaha pastu Jumaat kena attend training sebab wfh kan. Aku harap factory tak operate lagi dalam seminggu dua ni. Biarlah kes surut sikit, tapi tempat aku intern ni essesntial tau. Nak tak nak datang kerja juga haih. 

Eh lagu album Bts, The Best dah habis. Jap nak tukar cd. Ok sambung. So far still dapat tahan nafsu dari beli Butter ye tahniah farah. Butter album bangtan tau bukan butter masak tu. Walaupun harga dia ok ok je tapi nope hehe sebab aku tewas dengan The Best album hahahha dah la sebenarnya aku punya bosan tu sampai godek godek youtube dok tengok orang buat wallpaper phone jadi aesthetic gitu tau. Befre this aku tengok tapi takda pun nak buat. Tapi harini aku gigih jugak nak buat. Ala ala phone baru gitu. Tema purpl, tak pernah pernah ye. Nak sister kasi gambar.


Taktau la boleh nampak ke tak tapi macam tula lebih kurang. Tapi macam tak aesthetic pun. Tu je. Dah la tu je. Takda cerita menarik pun. Rasa macam nak buat entry throwback contoh throwback masa kerja dulu ke, pengalaman dekat kolej ke haa tapi nanti lah ya. Ok bye.

18 June 2021

Smooth like butter

 Hai. untuk pengetahuan diri sendiri, I is baru beli charger dan battery laptop baru dan sangat berpuas hati. sekarang dah bulan Jun 2021. Haritu awal Mac aku start intern dekat TG tahniah farah. Tak sangka, tak ku duga. Ingat lagi masa nak interview tu, petangnya ada paper apa tak ingat. Tapi aku dok pulun study untuk iv. Sebab masa tu final online. Fuh jarang lah exam online. Tapi sekarang nak taknak, semua kena online. Sampai sekarang tak habis lagi berperang dengan covid. Dan dah masuk pkp 3.0 berfasa pula tu. 

Tak ingat lah apa yang aku tulis dekat entry yang lepas. Tapi banyak sangat dah berubah. I've done my fyp (extd literature review) Tak dapat buat lab ceh padahal memang lw key takmau buat project tu sebab tak faham, taktahu nak buat macam mana even dah ada proposal rsearch. Kalau lah masa tu aku kena buat juga dekat uni, menangis tak berlagu. So masa aku siapkan last last minit tu, rumah tengah renovate lah. Semua tengah renovate. Dengan berhabuk, barang sana sini memang tak nampak rumah, tak nampak bilik. Tapi nak buat macam mana. Aku yang pilih untuk siapkan lambat lambat. Tu pun aku je yang ingat aku dah lambat. Padahal kawan lain ada je yang tak settle lagi. Ah teringat masa nak book abang buatkan thesis format. Alhamdulillah masa aku book tu dia still open, and tunggu aku siapkan list figure, table, acknwledgement semua lah. Sebab esoknya kawan nak book dengan abang tu, dia sah tutup slot sebab dah ramai yang book. Ya la masa tu memang masa orang nak submit project. 

Tak ingalah benda tu sama ada aku dah story dekat sini ke belum. And my babies dah ada lagu baru, Butter. And already 3rd week at #1 am sooo proud!! Life as trainee aku dah nak habis. Ada lagi dua bulan. Lama lagi weh. Geng trainee production aku sorang ja. Bestie teruk, dia dah nak habis intern but dah dapat offer kerja terus dekat tg. Congrats! Aku ni yang masih intern haha dok assist macam macam task. And btw Film Out is gonna be my internship anthem song kot haha oh ya weh everydah i drive pergi tempat kerja. Im so proud with myself. And siap sometimes hantar kawan kawan ku. Oh dah besar ya aku ni rupanya :(

Wah lamanya tak menaip isi hati. Banyak sangat yang aku tak tulis dekat sini. Contohnya update on my business, got my 1st dose AZ vaccine, being a production trainee. Well im so lucky to have my supervisor here in f40. Oh ha raya tahun ni pun macam last year, duduk dirumah. Wey banyakkk sangat benda dah lepas hahaha dah lah. Nak letak sini satu satu memang tak dapat. 


Semoga dunia semakin pulih, dijauhkan dari pandemik, dimurahkan rezeki. Happy selalu. Jumpa lagi tah bila lah aku akan buka lagi hehe bye diri sendiri!