04 December 2020

Moon

Salam hari ke berapa pkpb selangor tah.

Kalau dah baca previous post, dah aad lah sikit idea yang sekarang tengah musim covid-19 yang semua orang tak jangka akan jadi begini. Awal pkp haritu hampir tak balik, hampir mereput di kolej. Tapi Alhamdulillah dia pinjamkan aku member untuk angkut aku balik Shah Alam masa first day PKP. Masa tu memang semua kena stay at home. Masing masing start buat dalgona lah install tiktok lah haha. Dengan aku sekali terjebak. And masa tu juga Namjoon Jimin buat live untuk buat dalgona eee kiottt haha 

Macam macam lah weh feeling dia macam kelas takda, parents duduk rumah, adik beradik semua balik rumah. Makan sama-sama. Tengok movie, main. Macam takda hari esok. Alhamdulillah tak semua orang rasa apa yang kami rasa. Semua orang ada perjalanan pengalaman masing masing. Apa apa pun, kita semua dah jalankan tanggungjawab kita duduk di rumah, keluar bila perlu. Memang aku tak keluar rumah tau masa pkp. Habis je pkp, terus pi keluar jalan jalan naik basikal petang petang. Sumpah dia punya feeling tu hahaha ya ampun macam baru keluar dari gua pun ada. 

And tibalah masa dah stabil sikit but still pkp, and kelas online pun start. Waktu ni akan aku ingat sampai bila bila lah. Siapkan proposal research tanpa kawan kawan depan mata. I mean urusan pelajaran kan biasanya kita settle dengan member, tanya itu ini, dengan boleh face to face jumpa lecturer, tapi bukan untuk zaman aku ceh. Semua benda online. Ko tak alert, ko tertinggal lah. Masa ni sim yes sangat membantu ya untuk aku habiskan kelas aku. 

Okay next sem 6 aku pun berakhir. Dan kami dapat study week yang sangat panjang. Tapi aku malas nak cerita part ni mungkin lain kali lah. Skip skip, dah settle lab, boleh balik Shah Alam semula. Aku pun  balik. Dua tiga hari lepas tu, Selangor pulak pkpb dan masa ni zon merah balik dah. So aku tersekat di rumah. And kena buat fyp dua aku di rumah je. Means tak perlu masuk lab. So sekarang lah aku di sini. Untuk sem ni aku dapat bilik ayah kat bawah ni haha buat macam bilik sendiri pula. Dah semua benda aku bawak turun. Work station kat atas aku kasi sop pakai sebab dia pun ada kelas online.

Musim musim begini buatkan aku banyak membazir masa dan juga banyak berfikir. Kadang tu benda yang tak perlu pun aku fikir. Sampai bila semua ni? Kalau takda kesudahan macam mana? Aku dah nak habis study lepas ni aku nak buat apa? Oh lupa nak selit sekali sekarang aku dah join berbisnes kecil kecil hehe jual kookies. 

Aku start hujung bulan Julai haritu sebab ternampak post sedara aku tengah open ds so aku join. Alhamdulillah disebabkan aku tak puas jual tanpa pegang barang, jadi aku naik agent so aku boleh lah show off barang ceh taklah. Feeling sikit la nak menjual bila ada barang dekat tangan. Okay. Sambil siapkan fyp aku yang tak jalan jalan ni. Next week dah nak kena submit first draft. Apalah aku nak submit aaa nak nanges. Dia punya banyak fikir sampai jadi takut nka buat nak siapkan kerja. Dengan kena cari tempat intern. Benda ni aku tak perlu pun nak cuak, just follow the flow je la tapi tah apa yang aku risaukan. 

Tiap hari since pkpb selangor ni kes masih tinggi. Dah extend berapa kali aku penat. Walaupun aku hanya belajar diam diam je di rumah, tapi aku nak keluar juga. Cepatlah habis pkpb. Nak jumpa kawan kawan. Nak jalan jauh. Sometime aku perlu spcae okay ceh dia ceni tau bila ko nak bersendirian tapi susah. Aku jeke yang ada perasaaan nak berseoranagn like paham tak. Aku punya mood ni memang selalu helok je buat benda bodoh gelak gelak tak tentu hala tapi bila aku nak space aku tu macam susah sikit. 

So baru baru ni aku macam mental so aku pi keluar jalan jalan kat kawasan rumah ni je untuk tenangkan diri.Bukan la aku mengamuk ke emo ke apa pun tapi benda tu yang aku perlu walaupun sekejap. And after that okay dah mood aku.

Aku terfikir macam mana lah orang yang memang tak boleh duduk rumah, tapi kena kurung dalam masa berbulan bulan. Okay tengah join webinar ni haha. Ha nampak tak work from home nya tu lol. Btw harini birthday Seokjin worlwide cutie guy hehe and semalam dia ada release Abyss. Dia tinggalkan notes sikit dekat blog pasal dia punya opinion and concern pasal semua benda ni. Aku faham weh apa yang dia cuba sampaikan apa yang dia risaukan. Kadang sampai overthinking. Dia guna advantage dia as musician singer dia deliver through music. Ugh i love him :(( 

Aku harap aku boleh juga deliver apa yang ada dalam minda aku ni okay tu je takyah take serious ya apa yang aku share ni just my story.