21 February 2020

NEW PHASE IN MY LIFE GITU

Salam week 2.

Dah masuk tahun baru juga semester baru (sem 6) dengan subjek yang lebih mencabar dan juga tambah dengan fyp 1 ya Allah help me. Other than that, ada tanggungjawab yang perlu aku jalankan. Since Nadi Bitara haritu belum balik rumah uwaa every week ada program. Semoga lepas Open Mic minggu depan aku boleh balik sekejap. Baru minggu ke dua rasa macam dah belajar macam-macam secara tak langsung. Rupanya macam ni hidup. Tapi ni baru sikit kot. Bila baru langkah keluar dari kau punya comfort zone, it feels different weh. Aku tengah alami fasa ni sekarang. Banyak benda aku hesitate nak buat atau nak mula. But aku still ada kawan kawan and family persis aku dekat sini yang boleh bantu aku. Aku nak je list kan semua yang aku dah lalu selama since ToT Nadi Bitara sampai ke hari ini baru lepas meeting BPP untuk Sabtu ni. Dengan aku masih belum jumpa dengan supervisor aku. Dia punya cuak tu hm takleh bincang.

Aku selalu overthinking benda yang tak perlu aku fikir. Tapi kenapa aku fikir? Kalau aku take it easy, okay ja tak se-complicated yang aku fikir. Bila aku nak start terima semua ni tah. Bukan kata aku tak redho ke bukan. Tapi taktahu lah aku sorang je ke waktu umur 22 tahun ni berfikir sebegini? Dengan pertama kali jadi pengarah program and at the same time aku juga exco titian. Uwaaa you did great farahhhh teruskan. Takkan satu program je hm aku ada banyak benda yang perlu aku settle kan tapi kenapa aku pilih untuk kat sini, luahkan perasaan aku haha lama dah tak luahkan perasaan ku dalam ni.Takpalah aku rasa as a human, penat tu normal lah kan. Tapi nak taknak aku ada tanggungjawab and ayah umi kat rumah pun nak kan aku buat yang terbaik tak kira lah apa jawatan yang aku pegang, atau as a student, as a community dekat universiti ni dan di dunia ni uwaaa kenapa aku type macam ni. Bukan ada orang lain yang akan baca pun so okay je.

Siapa je yang tak pernah rasa nak give up dalam hidup dia? Pejam celik pejam celik dah tahun tiga. Dah kena start research fyp, tahun ni juga lah nama aku naik. Aku dah redho dengan semua nya ceh ya la tapi jauh di sudut hati aku juga masih belajar. Semua benda yang aku lalui ka sini, semua nya learning process. Aku taktahu sampai tahap mana aku boleh go dengan degree life aku haha semoga semanya baik baik.

Lagi satu yang aku rasa pelik lah kat aku. Lately ni banyak semacam aku makan. Selalu aku selalu je makan tapi taklah portion dia over cuma entah mengapa ya. Nak kata stress tu ada juga, tak pun hormon aku masih terganggu ke taktau lah nak makan je memanjang. So sekarang, aku cuba jadi lebih baik. Aku cuba untuk tak overthinking tapi kurang berjaya la aku boleh kata. Mungkin ke sebenarnya aku ni kurang motivasi? Macam ni ke rasanya kurang bermotivasi atau macam kurang support. Kau expect apa farah? Taktahu lah kadang aku sendiri pun tak faham dengan apa yang aku nak. The thing is aku tengah jadi diri aku yang sebenar.

Okay lah kalau aku type panjang mana pun benda nya sama juga. Aku nak juga selit kan esok bts comeback (ON) ok sekian.