04 December 2020

Moon

Salam hari ke berapa pkpb selangor tah.

Kalau dah baca previous post, dah aad lah sikit idea yang sekarang tengah musim covid-19 yang semua orang tak jangka akan jadi begini. Awal pkp haritu hampir tak balik, hampir mereput di kolej. Tapi Alhamdulillah dia pinjamkan aku member untuk angkut aku balik Shah Alam masa first day PKP. Masa tu memang semua kena stay at home. Masing masing start buat dalgona lah install tiktok lah haha. Dengan aku sekali terjebak. And masa tu juga Namjoon Jimin buat live untuk buat dalgona eee kiottt haha 

Macam macam lah weh feeling dia macam kelas takda, parents duduk rumah, adik beradik semua balik rumah. Makan sama-sama. Tengok movie, main. Macam takda hari esok. Alhamdulillah tak semua orang rasa apa yang kami rasa. Semua orang ada perjalanan pengalaman masing masing. Apa apa pun, kita semua dah jalankan tanggungjawab kita duduk di rumah, keluar bila perlu. Memang aku tak keluar rumah tau masa pkp. Habis je pkp, terus pi keluar jalan jalan naik basikal petang petang. Sumpah dia punya feeling tu hahaha ya ampun macam baru keluar dari gua pun ada. 

And tibalah masa dah stabil sikit but still pkp, and kelas online pun start. Waktu ni akan aku ingat sampai bila bila lah. Siapkan proposal research tanpa kawan kawan depan mata. I mean urusan pelajaran kan biasanya kita settle dengan member, tanya itu ini, dengan boleh face to face jumpa lecturer, tapi bukan untuk zaman aku ceh. Semua benda online. Ko tak alert, ko tertinggal lah. Masa ni sim yes sangat membantu ya untuk aku habiskan kelas aku. 

Okay next sem 6 aku pun berakhir. Dan kami dapat study week yang sangat panjang. Tapi aku malas nak cerita part ni mungkin lain kali lah. Skip skip, dah settle lab, boleh balik Shah Alam semula. Aku pun  balik. Dua tiga hari lepas tu, Selangor pulak pkpb dan masa ni zon merah balik dah. So aku tersekat di rumah. And kena buat fyp dua aku di rumah je. Means tak perlu masuk lab. So sekarang lah aku di sini. Untuk sem ni aku dapat bilik ayah kat bawah ni haha buat macam bilik sendiri pula. Dah semua benda aku bawak turun. Work station kat atas aku kasi sop pakai sebab dia pun ada kelas online.

Musim musim begini buatkan aku banyak membazir masa dan juga banyak berfikir. Kadang tu benda yang tak perlu pun aku fikir. Sampai bila semua ni? Kalau takda kesudahan macam mana? Aku dah nak habis study lepas ni aku nak buat apa? Oh lupa nak selit sekali sekarang aku dah join berbisnes kecil kecil hehe jual kookies. 

Aku start hujung bulan Julai haritu sebab ternampak post sedara aku tengah open ds so aku join. Alhamdulillah disebabkan aku tak puas jual tanpa pegang barang, jadi aku naik agent so aku boleh lah show off barang ceh taklah. Feeling sikit la nak menjual bila ada barang dekat tangan. Okay. Sambil siapkan fyp aku yang tak jalan jalan ni. Next week dah nak kena submit first draft. Apalah aku nak submit aaa nak nanges. Dia punya banyak fikir sampai jadi takut nka buat nak siapkan kerja. Dengan kena cari tempat intern. Benda ni aku tak perlu pun nak cuak, just follow the flow je la tapi tah apa yang aku risaukan. 

Tiap hari since pkpb selangor ni kes masih tinggi. Dah extend berapa kali aku penat. Walaupun aku hanya belajar diam diam je di rumah, tapi aku nak keluar juga. Cepatlah habis pkpb. Nak jumpa kawan kawan. Nak jalan jauh. Sometime aku perlu spcae okay ceh dia ceni tau bila ko nak bersendirian tapi susah. Aku jeke yang ada perasaaan nak berseoranagn like paham tak. Aku punya mood ni memang selalu helok je buat benda bodoh gelak gelak tak tentu hala tapi bila aku nak space aku tu macam susah sikit. 

So baru baru ni aku macam mental so aku pi keluar jalan jalan kat kawasan rumah ni je untuk tenangkan diri.Bukan la aku mengamuk ke emo ke apa pun tapi benda tu yang aku perlu walaupun sekejap. And after that okay dah mood aku.

Aku terfikir macam mana lah orang yang memang tak boleh duduk rumah, tapi kena kurung dalam masa berbulan bulan. Okay tengah join webinar ni haha. Ha nampak tak work from home nya tu lol. Btw harini birthday Seokjin worlwide cutie guy hehe and semalam dia ada release Abyss. Dia tinggalkan notes sikit dekat blog pasal dia punya opinion and concern pasal semua benda ni. Aku faham weh apa yang dia cuba sampaikan apa yang dia risaukan. Kadang sampai overthinking. Dia guna advantage dia as musician singer dia deliver through music. Ugh i love him :(( 

Aku harap aku boleh juga deliver apa yang ada dalam minda aku ni okay tu je takyah take serious ya apa yang aku share ni just my story.

16 June 2020

Its pandemic



Assalamualikum hai kalau nanti diri sendiri tengok balik blog ni dan terkejut tengok gap tarikh ni dengan sebelum ni tu nak bagitau lah. 

Sekarang rutin harian pun dah berubah dah tak lagi kelas face to face (buat masa sekarang) semua online. Sebab dunia dilanda pandemik iaitu COVID-19 ya bukan main main. Awal awal pkp dulu taknak balik rumah konon boleh je survive dekat kolej tapi bila duduk rumah tiga bulan pun aku tak tak larat. Cuti panjang semester break pun dah tamat (semester break paling lama 11 minggu dalam sejarah). Now dah week 8 means dah minggu ketiga kelas online ku. So far masih okay, test quiz sudah. Ada yang belum, soon.

Jadi harini birthday Syia. Nak celebrate malam ni yay memandangkan aku puasa jadi potong kek pun malam haha oh btw semoga aku terus puasa minggu ni sebab Syawal nak habis weh aku baru start puasa. Konon nak ajak cousin paling dekat tu datang celebrate sekali tapi nanti kita tengok macam mana ya datang ke idok. 

Ok dah taktau nak cakap apa bye! 


28 February 2020

Congrats!


Salam. Sekarang jam 0241 28 Feb 2020 hehe so aku sepatutnya dah tidur tapi saja study untuk quiz ICP esok dan juga cadangannya nak cari journal fyp tapi tiba tiba aku di sini. Nak bagitahu je lepas kelas esok nak balik rumah yay setelah sebulan tinggalkan ayah umi di rumah ceh haha and Alhamdulillah Open Mic 3.0 went well! So proud of myself farah yu did great, first time merasa jadi pengarah program hehe pasni tobat dah sebab nak kasi orang lain merasa juga and dah tiba masa untuk aku pula yang guide gen gen baru.

By the way syantikkan gambar di atas tuu uwaa ada juga ceritanya tu. Aku snap gambar tu lepas maghrib tadi kisahnya nak iftar dekat masjid lah, tapi aku dengan Dayah lupa nak isi form. Pastu tengok ramai semacam, so tak jadi nak walk in takut tak fair ada yang tak dapat makanan. Jadinya sebulat suara lah nak pi cari makanan dekat Suraini. Dah sampai Surai bedal lah nasi goreng paprik. 

Lepas habis makan, balik semula pergi cafe untuk kasi baju dekat gen baru like weh finally aku dapat merasa kasi baju kat yang baru haha dia macam bagi baju je pun tapi tak semua orang pergi okkk tahniah farah. Seterusnya aku menyebokkan diri juga untuk pergi tot program lain hehe kasi baju juga untuk mereka. Tah la walaupun busy tapi aku still enjoy dengan life aku haha what an achievement! So weekend ni yang paling ditunggu tunggu sebab nak balik rumah. Sebab ni la ni rasa macam takmau tidur nih padahal esok quiz hm ok lah nak cuba sambung cari journal sikit. Bye!

21 February 2020

NEW PHASE IN MY LIFE GITU

Salam week 2.

Dah masuk tahun baru juga semester baru (sem 6) dengan subjek yang lebih mencabar dan juga tambah dengan fyp 1 ya Allah help me. Other than that, ada tanggungjawab yang perlu aku jalankan. Since Nadi Bitara haritu belum balik rumah uwaa every week ada program. Semoga lepas Open Mic minggu depan aku boleh balik sekejap. Baru minggu ke dua rasa macam dah belajar macam-macam secara tak langsung. Rupanya macam ni hidup. Tapi ni baru sikit kot. Bila baru langkah keluar dari kau punya comfort zone, it feels different weh. Aku tengah alami fasa ni sekarang. Banyak benda aku hesitate nak buat atau nak mula. But aku still ada kawan kawan and family persis aku dekat sini yang boleh bantu aku. Aku nak je list kan semua yang aku dah lalu selama since ToT Nadi Bitara sampai ke hari ini baru lepas meeting BPP untuk Sabtu ni. Dengan aku masih belum jumpa dengan supervisor aku. Dia punya cuak tu hm takleh bincang.

Aku selalu overthinking benda yang tak perlu aku fikir. Tapi kenapa aku fikir? Kalau aku take it easy, okay ja tak se-complicated yang aku fikir. Bila aku nak start terima semua ni tah. Bukan kata aku tak redho ke bukan. Tapi taktahu lah aku sorang je ke waktu umur 22 tahun ni berfikir sebegini? Dengan pertama kali jadi pengarah program and at the same time aku juga exco titian. Uwaaa you did great farahhhh teruskan. Takkan satu program je hm aku ada banyak benda yang perlu aku settle kan tapi kenapa aku pilih untuk kat sini, luahkan perasaan aku haha lama dah tak luahkan perasaan ku dalam ni.Takpalah aku rasa as a human, penat tu normal lah kan. Tapi nak taknak aku ada tanggungjawab and ayah umi kat rumah pun nak kan aku buat yang terbaik tak kira lah apa jawatan yang aku pegang, atau as a student, as a community dekat universiti ni dan di dunia ni uwaaa kenapa aku type macam ni. Bukan ada orang lain yang akan baca pun so okay je.

Siapa je yang tak pernah rasa nak give up dalam hidup dia? Pejam celik pejam celik dah tahun tiga. Dah kena start research fyp, tahun ni juga lah nama aku naik. Aku dah redho dengan semua nya ceh ya la tapi jauh di sudut hati aku juga masih belajar. Semua benda yang aku lalui ka sini, semua nya learning process. Aku taktahu sampai tahap mana aku boleh go dengan degree life aku haha semoga semanya baik baik.

Lagi satu yang aku rasa pelik lah kat aku. Lately ni banyak semacam aku makan. Selalu aku selalu je makan tapi taklah portion dia over cuma entah mengapa ya. Nak kata stress tu ada juga, tak pun hormon aku masih terganggu ke taktau lah nak makan je memanjang. So sekarang, aku cuba jadi lebih baik. Aku cuba untuk tak overthinking tapi kurang berjaya la aku boleh kata. Mungkin ke sebenarnya aku ni kurang motivasi? Macam ni ke rasanya kurang bermotivasi atau macam kurang support. Kau expect apa farah? Taktahu lah kadang aku sendiri pun tak faham dengan apa yang aku nak. The thing is aku tengah jadi diri aku yang sebenar.

Okay lah kalau aku type panjang mana pun benda nya sama juga. Aku nak juga selit kan esok bts comeback (ON) ok sekian.