13 May 2018

Hidup

Laluan setiap hari di kala suka duka marah happy, inilah laluan hidup aku ceh.

Ni pula pemandangan yang selalu aku lambai tangan kepada helikopter
Tah mereka notice aku ke tak taktahu lah.
Kadang terasa bodoh juga lah tapi dah dari kecil aku diajar begitu, ye kan?

Ini laluan tangga aku belah cafe, lalu lah aku di tangga ni untuk pergi bilik basuh baju di aras satu

Dan apabila on the phone dengan member/family, tersadailah aku di tangga tangga kejayaan ini haha

Terima kasih softboard yang tak lekang teman aku dari hari pertama hingga hari ini walaupun aku cucuk dia guna pin ke dia tetap ada untuk remind kerja-kerja/esaimen/quiz/projek aku every each dayy
Dan termasuk kipas hijau abi sangat berjasa.


Tah saja nak post gambar tempat aku survive dua sem di sini haha dan harap next next sem hingga ke akhirnya masih survive dalam kolej tak perlu cari rumah sewaaaa wuaaaa tolong doakan!
Much lahvvv.

01 May 2018

This is so me.



Salam. Salam Hari Buruh kepada semua yang bergelar buruh(?)

So bila lecturer cuti students takkan gi kelas pula kan ok. Nak ceritanya dah masuk Week 11/12  dah ni. Haha rasa macam kejap tapi lama juga. Tah taktau lagi nak cerita apa di sini. Sekarang jam 6.15pm. Dan aku tengah selsema like aaaaa tak selesa beb. Aku kan sebenarnya banyak benda aku fikir. Bukan nak kata aku handle banyak benda tapi tah ni aku yang sebenarnya kot. Ala takpa aku je faham.

Bila ada banyak esaimen, project, nak buat latihan dan segala jadahnya, hm aku jadi takleh brain lah kekadang nak buat yang mana satu dulu. Aku nak buat semua tapi taktahu nak buat yang mana dulu. Aku end up main game dan panjat katil, layan youtube pastu tidur. Pastu aku menyesal haha weh aku lahai tak sangka aku begini sebenarnya. Masa kat matrik aku rasa ok je takla otak blank sangat apa nak buat dulu. Bila sampai sini di Semester 2 ni alahhh farahhhh.

Peh feeling siot aku type. Huhu ok farah tengah layan perasaan yang dah bersarang sambil dengar lagu Awake // Jin abang saya ok. Ni pun patutnya aku pergi berzumba dekat bawah tapi taktahu lah apa yang aku fikir sampai aku tak jadi pergi. Ok tu satu. Pastu kalau aku marah or aaa bukan marah lah. Macam ada benda yang aku fikirkan or risaukan (haha ayat) aku mesti senyap nak mampos. Malas nak cakap malas semua malas. Sampai rasa lapar tapi tak selera nak makan haha ni taktahu lah ada kaitan ke tak tapi macam tu lah.


Tumpang boat noodle jap supaya ta ngantuk baca masalah aku ok sambung.
Kadang kadang aku sendiri pun tak faham apa yang aku nak. Contoh paling senang;
dah sampai cafe, taktahu nak makan lauk apa. Ada masa lagi lah, taktahu nak pergi cafe ke tak hm. Aku benda benda kecil centu pun boleh blank haha apa tah sebenarnya yang aku fikir.

Ok belum masuk carry mark aku. Lepasni aku nak bagitau awal awal dekat adik adik aku yang carry mark itu sangat penting. Aku rasa bengang gak before aku study degree kan dak matrik je. So kenapa aku tak didedahkan dengan kepentingan menjaga gpa/cgpa????!! Aku marah. Marah la kat diri sendiri kot sebab tak baca tah. Kat matrik dulu mana tekankan sangat setakat dua sem. Ia nya sangat penting ye untu dibawa ke final kira carry mark ni macam amalan ko nak bawa ke hari kiamat nanti iaitu final exam hah deep tak.

Lagi satu masalah aku sekarang kan. Ya la kan kami ni merit-hunter terok. Nak duduk kolej takmau cari rumah sewa sakit weh transport lagi. So aku akan cari event like talk ke apa ke yang ada merit and akan ajak member. Pastu aku jadi bengang kalau dorang taknak follow sekali haha like weh aku boleh je pergi je la sendiri apa masalah nak marah orang yang taknak pergi. Takkan nak paksa dorang lak. Muka be like;


Ehhhhhhh
Ok so basically seorang farah raihan masih mencari identiti beliau. Aku pun ta pasti dengan aku sekarang haha weh siapa baca sampai habis mesti boleh imagine aku macam mana kot. Ok sekian dari hati haha apasal tah petang ni macam emo ceh bye.