19 September 2018

III

Izlika, min, aku, thakurrrrr

Salam and hola! Tuptap tuptap sis dah masuk semester tiga ya Allah sungguh laju masa berlalu ok. So aku tengok baik post sebelum ni about aku kerja dua bulan haha its amaayyyyingg thank you sushi king (sir) sudi ambil gue kerja sekejap kat sana hehe seminggu awal balik kerja mesti membebel disaster lah apalah haha dah lama aku makin lali dengan perangai customer yang aku pun kurang faham tapi let it go. Ingat lagi 1st time ambil order taktahu apa mintak tolong sesiapa yg dekat main panggil je haha rindu weh mirra ler paling aku selalu aku tanya macam macam, sebab ingat izlika tu garang so tak berani sangat kacau rupanya hah kau makcik bawang nombor satu kat outlet tu haha than you semua walaupun aku sorang je yang baca benda ni. Ada hari intense sikit biasalah kerja haha emo tu aku ada lah sekali leleh sebab alahai masatu dah nak habis shift dah penat, mind set nak balik je lagi. Tetiba sir mintak aku aaaaaa 'dim sum' dessert hahahaha aku dah takda mood waktu tu so sis minta tolong shazmin yg terpaksa layankan emo aku haha sorry ye menyusahkan tapi ko kena rasa dimsum gak tak kira. Ni bukan dimsum makanan tu tau. Ni ko kena bawa beberapa dessert kat dulang pastu pergi table ke table kira mcm ko promote kat customer lah gitu. 

And macam macam lah break sesama makan stuff meal dgn azu muehehe serious talk aku tak pernah ada member perangai azu. Ko boleh imagine tak dia punya klakar tu effortless dengan takda reaction muka ah takleh bla. And sempat join satu staff meeting dannn dinner after bonanza uhm yup. That's it. Yang lain lain insyaAllah aku ingat juga tak lupa juga budak budak kitchen yang haha aku seriau masuk kitchen lepas kena bom dengan makcik sorang yg alahai malas nak explain yang tahu je tahu lah. Nah belanja sikit kenangan yang akan selamanya dekat otak aku. Ni sikit je ni yang lain lain pu aku simpan sendiri ja lah siapa sangat nak nengoknya pun bye.




Dah sebenarnya nak update sekarang dah masuk semester tiga tapi kenapa aku makin tak kuat nak hadap. Bukan tak kuat tapi takut dia tah aku sorang je ke yang rasa sbb aku fikir dah dekat dengan fyp aaaa seram weh aku dah la noob hm semoga farah raihan cepat pickup lah pasni. Coursemate dah ramai dok luar dah takda nak lepak kat bangku biru hm tapi Alhamdulilah so far roommate saya okayyyy. Selasa dah check in hostel tapi haha barang je yang tinggal. Aku ikut balik Shah Alam, alasan? Classmate pun tak balik lagi aha bagus pastu lab briefing pun terlepas dah gimana ini.Pastu petang ni aku macam rasa nak berjoging tapi dah pukul enam rasa malas pula. Kenapa tah aku tak selang selangkan dah jadi karangan panjang sangat lak ni. Ok nak update juga dak dak beyond the scene sekarang tengah world tour hehe tapi tak singgah pahang pun kecewa sis. Uhm setakat ni aku dah jumpa sorang fan jk oh seb baik uols bukan v. 

cr to owner ok
Ok dah semoga farah matang sikit pasni bye. 
//Exodus by EXO lol bye

01 July 2018

First Job Ever

Gigih nak pergi trip dengan classmate (as planned) haha so aku cuba rajinkan diri kerja part time. Ah nanti aku cerita balik tapi yg pasti ni my very first job ever haha noob but ya good luck untuk hari seterusnya. Akan ku ingat 1 Julai 2018 bersamaan cuti semester dua ku 🤓

01 June 2018

FINAL SEM 2



Salam yall
Harini dah masuk 16 Ramadhan bermula final exam untuk semsester dua hehe
Takda nak cerita cuma nak selitkan malam tadi rommate aku tak tidur sebab study TITAS tu saja bye.

13 May 2018

Hidup

Laluan setiap hari di kala suka duka marah happy, inilah laluan hidup aku ceh.

Ni pula pemandangan yang selalu aku lambai tangan kepada helikopter
Tah mereka notice aku ke tak taktahu lah.
Kadang terasa bodoh juga lah tapi dah dari kecil aku diajar begitu, ye kan?

Ini laluan tangga aku belah cafe, lalu lah aku di tangga ni untuk pergi bilik basuh baju di aras satu

Dan apabila on the phone dengan member/family, tersadailah aku di tangga tangga kejayaan ini haha

Terima kasih softboard yang tak lekang teman aku dari hari pertama hingga hari ini walaupun aku cucuk dia guna pin ke dia tetap ada untuk remind kerja-kerja/esaimen/quiz/projek aku every each dayy
Dan termasuk kipas hijau abi sangat berjasa.


Tah saja nak post gambar tempat aku survive dua sem di sini haha dan harap next next sem hingga ke akhirnya masih survive dalam kolej tak perlu cari rumah sewaaaa wuaaaa tolong doakan!
Much lahvvv.

01 May 2018

This is so me.



Salam. Salam Hari Buruh kepada semua yang bergelar buruh(?)

So bila lecturer cuti students takkan gi kelas pula kan ok. Nak ceritanya dah masuk Week 11/12  dah ni. Haha rasa macam kejap tapi lama juga. Tah taktau lagi nak cerita apa di sini. Sekarang jam 6.15pm. Dan aku tengah selsema like aaaaa tak selesa beb. Aku kan sebenarnya banyak benda aku fikir. Bukan nak kata aku handle banyak benda tapi tah ni aku yang sebenarnya kot. Ala takpa aku je faham.

Bila ada banyak esaimen, project, nak buat latihan dan segala jadahnya, hm aku jadi takleh brain lah kekadang nak buat yang mana satu dulu. Aku nak buat semua tapi taktahu nak buat yang mana dulu. Aku end up main game dan panjat katil, layan youtube pastu tidur. Pastu aku menyesal haha weh aku lahai tak sangka aku begini sebenarnya. Masa kat matrik aku rasa ok je takla otak blank sangat apa nak buat dulu. Bila sampai sini di Semester 2 ni alahhh farahhhh.

Peh feeling siot aku type. Huhu ok farah tengah layan perasaan yang dah bersarang sambil dengar lagu Awake // Jin abang saya ok. Ni pun patutnya aku pergi berzumba dekat bawah tapi taktahu lah apa yang aku fikir sampai aku tak jadi pergi. Ok tu satu. Pastu kalau aku marah or aaa bukan marah lah. Macam ada benda yang aku fikirkan or risaukan (haha ayat) aku mesti senyap nak mampos. Malas nak cakap malas semua malas. Sampai rasa lapar tapi tak selera nak makan haha ni taktahu lah ada kaitan ke tak tapi macam tu lah.


Tumpang boat noodle jap supaya ta ngantuk baca masalah aku ok sambung.
Kadang kadang aku sendiri pun tak faham apa yang aku nak. Contoh paling senang;
dah sampai cafe, taktahu nak makan lauk apa. Ada masa lagi lah, taktahu nak pergi cafe ke tak hm. Aku benda benda kecil centu pun boleh blank haha apa tah sebenarnya yang aku fikir.

Ok belum masuk carry mark aku. Lepasni aku nak bagitau awal awal dekat adik adik aku yang carry mark itu sangat penting. Aku rasa bengang gak before aku study degree kan dak matrik je. So kenapa aku tak didedahkan dengan kepentingan menjaga gpa/cgpa????!! Aku marah. Marah la kat diri sendiri kot sebab tak baca tah. Kat matrik dulu mana tekankan sangat setakat dua sem. Ia nya sangat penting ye untu dibawa ke final kira carry mark ni macam amalan ko nak bawa ke hari kiamat nanti iaitu final exam hah deep tak.

Lagi satu masalah aku sekarang kan. Ya la kan kami ni merit-hunter terok. Nak duduk kolej takmau cari rumah sewa sakit weh transport lagi. So aku akan cari event like talk ke apa ke yang ada merit and akan ajak member. Pastu aku jadi bengang kalau dorang taknak follow sekali haha like weh aku boleh je pergi je la sendiri apa masalah nak marah orang yang taknak pergi. Takkan nak paksa dorang lak. Muka be like;


Ehhhhhhh
Ok so basically seorang farah raihan masih mencari identiti beliau. Aku pun ta pasti dengan aku sekarang haha weh siapa baca sampai habis mesti boleh imagine aku macam mana kot. Ok sekian dari hati haha apasal tah petang ni macam emo ceh bye.


08 March 2018

II

Salam dah masuk semester dua. Dah ada gpa gais....... Bangkitlah farah

Ok sekarang aku type at 2.25am dimana roommate ku yang lain semua dah terbongkang. Mulanya nak siapkan lab reporttapi kenapa eh tangan ni nakal pergi tekan macam macam haha (sedang lagu Daydream // JHope)

Semester baru ni fuh jadual taknak kalah..... Statistic pukul 5 boleh bayang tak petang mengantuk tu. Yang lain taknak la sebut. Ala takda idea la nak type sekarang. Aku minum air Warrior petang tadi pastu kat training malam tadi macam hyper lebih sikit. Takpa la aku penat. Lab report pun tak jalan baik aku tutup buku hm. Bye

OK BTW JUMAAT NI DAH BOLEH DAPAT JAKET FAKULTI YAZZZZZ

04 January 2018

Done 1st semester


Ok hello there! Happy new year!!! Its 2018 💓
New year new me? 🤔 Haha moga semua nya better than past.
So harini dah 3rd Jan (Rabu) and tengah gap untuk my last paper which is Organic Chemistry (so fun)  Tinggal beberapa hari aku nak survive dkt sini untuk sem satu yang indah ni. Wait im typing this dgn background lagu Auditory Hallucination (ost Kill Me Heal Me) macam throwback lak haha okay la boleh feeling sikit.

Sem satu teach me how to survive (especially in UMP) as a deg student & a friend to classmate and a roomate to ma roommate hah ya. Dont expect ko boleh kenal orang in only a day. Why? Haha tah aku rasa benda ni aku takkan lupa but aku takkan cerita kat sini..... Whatever yang datang, susah payah mana pun ko (farah) kena hadap gak untuk 4 tahun ni yezzzz

And sem 1 bukak mata aku yang carry mark is really important nak mampozzzzhhh. Before this dkt matric takda benda sangat carry mark 5% je tak silap ke 10% tah. Yang lain semua final.  (Ok sekarang lagu Don't flirt - Winner) Ha so untuk next next sem aku nak kena cari gak carry mark sebanyak yang mampu. Oh ya untuk course aku almost semua yg core carry mark 60%, final 40%. Ada la kot sama gak dgn korang. Fighting!!


So this is point of view from my table dalam bilik untuk sem satu dan dua (berharap dapat kolej untuk sem seterusnya) Amin. Hehe okay sepanjang bulan Ogos till Dec ni Alhamdulillah so far im okay with my roommate ya la even kengkadang ada gak macam "eyy bukak lampu bagitau la" or "tutup la pintu tu" hm tapi tu semua dalam hati haha ada once Tini dgn Jas nampak aku makan sorang kat cafe and "napa makan sorangg" aku ni taktau nak kata apa segan lak haha sebab dkt bilik nampak dorang study so takda la nak ajak turun. Ok next 

Garang mana baik mana lecturer, jangan mengumpat or kata belakang. No like seriously no.
Dorang gitu sebab nak didik student dia, dia tau apa dia buat. So selagi tak melampau syarak, ikut je. Pastu baik sikit ha yang ni nak kata dapat carry mark lebih tak gak. Kena pandai pandai perform la kalau quiz ke apa. Kira bonus la rapat dgn lecturer even tak rapat ngat pun takpa. (Thank you Dr Wan 😭)  Part tak datang kelas tu..... Haha so far sem satu tak pernah lagi ponteng sebabbbb sebab aku takda komitmen HAHAHAHA that's why kehadiran aku full conplete. Alhamdulillah juga diberi kesihatan yang baik sepenjang berada di sini.


So ni meja aku harini dan dah beberapa hari dah sebenarnya macam ni. Tapi air tu baru harini la. Nak kata sepah haha sepah la tapi kadang sepah la best sikit daripada kemas ja kann. Okay masih struggle kan diri untuk memahamkan every chapter. InsyaAllah sis buat yang termampu. Tak sabar nak balik! Jas dengan Tini dah balik awal hm sebab paper dorang habis awal. Tinggal aku dengan Maleen. Ni pun Maleen nak balik dah malam esok. Tinggal aku sorang la nak menghadap Khamis and Jumaat. Pastu ayah umi datang bawak balikkkk yayyy!!! Thank you Allah for the whole semester and another new year. Farah turns 20 tahun ni. Oh Happy birthday Anis yg ke 20 kat Jengka hehe.

And and INFINITE NAK COMEBACKKKK THIS 8th JAN YA ALLAH. I AM SO EXCITED!!! 💓😇