Salam. Aku nak cerita terus dekat sini apa yang berlaku harini. Pengalaman aku pergi interview untuk join project ke luar negara. Cuba nasib but more to pengalaman. Silakan.
24/11/17 Jumaat
Classmate ajak join interview kelab ada nak buat projek ke luar negara. Aku punya la excited and terus on. Sebab aku tau ayah umi mesti on je as long as under UMP ok dah nak isi googdoc dah. Tapi tak ingat. So belum isi.
25/11/17 Sabtu
So petang tu member tu tanya dah isi ke? Aku kata belum lah lupa. And masa dia whatsapp tu aku tengah takda mood penat nak berehat. Kasi aku fikir balik nak pergi ke tak program tu. And malam tu tanya la ayah umi kasi je so aku on la balik, aku isi nama untuk aku dengan member aku tu.
Malam tu kitorang ada discussion sikit buat maths. and memang dari malam dah nervous haha padahal ingat cam takda apa pun. Aku bukan harap dapat pergi, cuma kalau ada rezeki ada lah. Ok kami decide nak jumpa kat bawah around 8 lebih la sebab benda tu start kul 9. Naik bilik terus pilih baju nak p kai apa untuk esok haha
26/11/17 Ahad
Aku bangun lah wah semangat lah nak ke interview. Siap punya siap, aku dudukkah kat kerusi. MAsa ni around 8.40 am. Member pun whatsapp lah
"Fatah" Dia typo.
"Farah"
"Ha"
"Bapaku marah aku pergi. Aku tak mendapat keizinan"
Time ni aku dah mental like whatttt tapi aku chill lagi
"Teman aku boleh?" Aku minta lah dia teman ke sana. Tapi aku bukan pengecut pun haha
"Nanti dorang sangka aku ikut."
Aku dah start tak reply ah. And she said sorry lah kan. Aku just cakap "Oraittt".
So macam tu la permulaan hari Ahad ku. Aku fikir aku dah siap, tinggal nak gerak ke tempat je. Oh ya tambah pula pagi tu hujan and patutnya aku ada color run, tapi aku sanggup tak pergi hm walaupun dah bayarrrr okay lah nak pengalaman interview and member punya pasal.
Aku keluar depan pintu bilik, aku call umi. Kata member tak dapat pergi lak. Macam mana ni kan. Aku call bukan sebab tu punu takleh fikir ke ha macam yala ko bayang la dahla dia yang ajak aku, tetiba dia yang last minit tak boleh lak. Dah bapa dia tak kasi aku takda lah nak cakap apa.
Aku call umi ayah kata terpulanglah kat aku. Syiqeen pun kata kalau farah rasa benda tu bagus, pergi je. Same goes to ayah umi kak ira and syia. So aku pun fikir lagi, aku nak pergi ni bukan sebab member ajak je. Aku pergi interview tu sebab nak pengalaman. Dari malam tu aku dah buat research sikit, takkan aku tak cuba en.
So lepas dah call, aku dah waras sikit lah. Aku terus amik beg and terus jalan ke tempat interview tu la. Depan tu je tapi bila fikir lagi, kadang macam mana aku boleh ada kekuatan nak pergi sana. Maybe yang baca ni kata 'ala interview je. Buat apa nak takut sangat'. Entah aku lepas je submit nama untuk ke interview tu, aku dah tak senang duduk. Malam tu jangan cerita la abang tu lak tetiba whatsapp aku masatu aku dah rasa cam cuak gila taknak pergi. Meh aku share conversation kami.
"Assalamualaikum, Saya dot dot dot (dia nak tau aku betul datang ke tak and datang pukul berapa)
Ah sudah. Aku memang taktau nak reply apa sebab dalam otak aku dah taknak pergi. Cuak taktau nak cerita. Takut apa soalan yang dia tanya haha. So aku reply lambat sikit,
"Wassalam. Saya nervous sebenarnya ni"
"Alright. Takpa2 belajar cari pengalaman haa. Kena kuat mental fizikal, u can do it (thumb up). Baca sikit pasal Philippines"
Aku pun cam okay lah insyaAllah esok datang hahaha.
So sambung balik. Aku dah sampai sana dia kasi borang and personality test. So note that aku pergi sorang without member. Sebab aku fikir kat sana mesti ada orang gak. Aku join je la senior sana dorang dari campus Pekan aku cam oh and dorang dah 4th year hm aku je ke 1st year ni haha.
Ya Allah aku tak sangka interview tu ambil masa almost sejam setengah dan aku rasa kalau dia tambah lagi soalan aku boleh pengsan haha takla aku cuma terkejut. Kami di-interview sekali lima orang terus and ada empat panel which is dua nya alumni ke sorang tah. Ada sorang panel laki ni asyik pandang aku aku dah cuak. Mungkin muka aku nampak tak confident. Aku perasan memang dari awal dah, so at last session, dia open ada apa apa nak tanya or share apa apa tak. Aku pun angkat la tangan and cakap..... cakpalah yang aku tak confident pun dengan event kali ni. Aku cuma datang untuk dapat experience interview, tak harap pun akan terselect lah. Aku kata gitu. Lepas aku kata centu aku lega la sikit hahaha macam bagi hint yang 'takyah lah pilih aku'.
Seb baik sepanjang interview perut aku behave pagi tu memang sakit perut makan samyang semalam. Bagus farah. So kami dah keluar tempat tu, dekat luar panel yang aku kata dia pandang aku tadi approach aku.
"Memang datang tak bawa kawan ke sorang ke?"
AAAAAAA aku nak nangis masa dia tanya tu. Hm Aku cerita la balik yang patutnya aku pergi dengan kawan, tapi last minit dia cancel lak. And dia kata apa tauuuu
"Takpa lah bagus lah awak atleast belajar something kan ha kawan awak tu tak dapat".
Puasnya dengar dia kata gitu. And ya aku meleleh la sikit sebab taktau nak kata apa. Kira tak sia-sia aku tak pergi color run pagi ni, aku join interview ni. Terpilih tak terpilih lain cerita. Yang penting aku puas sebab aku cuba. And bukti yang aku pergi sana bukan sebab kawan. Hehe proud to be myself lah today haha. Alhamdulillah, sekarang aku nak tidur dan siapkan semuanya. Yang baca sampai habis tu thank you and sila lah jadikan panduan tak banyak, sikit pun takpa.
Biasalah orang kalau member takjadi pergi ni biasa memang taknak pergi juga. Tapi peduli apa aku. At least i learned something todayyy. So bye!