Salam. Sis dah bergelar student sekarang hehe Alhamdulillah.
Almost 4 weeks dah stay di sini and haha aku cakap memang lain sangat la dengan matrics life. People said dah masuk U tak busy dah boleh selalu lepak keluar bila-bila bolehhhh ya boleh boleh tapi bila Campus di Gambang ni nak ke bandar Kuantan saja dah satu jam bila naik rapid la. Aku dah pernah la sekali ke bandar hm taubat la penat nak mampesszzz kena berdiri dalam bas satu jam okayy. Tapi after this pergi lagi tapi taktau lahh.
So kelas pun dah start and aku still takda geng. I mean yang ke sana sini bersama. Ada tu ada Alhamdulillah setakat ni yang ada tu lah yang dah faham sikit perangai tak semenggah aku. Contoh member terdengar aku nyanyi sekali lagu Clever girl kebetulan ada dkt tv cafe. Siot dia bantai gelakkan aku sebab dia tak pernah dengar lagi orang nyanyi lagu tu hm so ya thats me.
Roommate okay. Dua dari Kelantan sorang Kedah hah rasa macam gi ziarah rumah makcik mana-mana tah bila makan sama-sama and mereka cakap guna bahasa mereka pastu gelak terbahak. Aku yang kurang faham ni dok tengokkan ja dorang pastu habiskan makanan. Day by day makin okay lah haha kalau masa orientasi haritu hah kau tak bersembang. Sepi sayu je bilik rasa nak hujan je selalu dalam hati.
Takda banyak cerita la sem1 je baru dan 4 minggu. Haaaa belum empat tahun lagiii nak kena hadap semua ni. Tabah lah farer. Ok aku sedang type atas katil sekarang member sorang pergi gym, sorang gerak ke Pekan and sorang lagi tengah explore laptop baru masih panas lagi. Ok lagi 3 weeks untuk ke mid sem haha asal buka almari je syahdu sbb nampak tiket bas aaaaaaa nak balikkkk.... And macam biasa la minggu nak balik la memang semua test nak pulun waktu tu. Semoga cekal kuat dan sentiasa gigih. Masih lagi belajar and adapt dengan suasana sini. Even baru 4 weeks, tapi aku dah jumpa sorang member yang hahahahahaha tah malas nak cerita. Nak nangis rasa bila kita gigih siapkan kerja awal before cuti, tetiba dia mintak nak tengok kita punya kerja hm sis murung jap. Ok tu saja.