Selamat malam.
Aku type sekarang pada jam 12:53 am. Kenapa aku gigih malam ni? Sebab nak kena settle semua document nak masuk uni dah hehe eh U mana? Pahang beb. Jauh teruk tapi dah rezeki gue di sana. Nak ceritanya aku malas ya amat nak siapkan semuanya sebab dia macam leceh tapi ya la nak tak nak kena siapkan everything before 14 Ogos yezz.
Tak tau macam mana haritu nak settle masuk matriks macam senang je cuma kali ni nak kena aupload jadah pastu dengan transkrip yang tak sampai rumah lagi hm dugaan lah sampai tetiba ciwek nangis sbb ayah tetiba cam tak jadi nak bawak gi dapatkan pengesahan bagai tu haha tapi ayah bawa juga hehe.
So selepas beberapa bulan sis menganggur di rumah, eh bukan la menganggur sangat cuma macam jadi hiasan je la kat rumah en ha akhirnya dapat jua sambung study yayy And its degree beb dia punya cuak masa nak tau result upu tu lain macam sikit lah. Tapi before keluar result tu taklah resah mana. Tapi bila dah tau aku akan sambung belajar di mana tu fuh dia punya tak senang duduk tu memang melampau taktau nak kata. And kena settle kan semuanya before masuk u.
So saja je nak type kat sini sebab lain kali boleh baca balik betapa gigihnya nak siapkan segala nya untuk permulaan hidup baru ceh. Mana tau dah habis belajar nanti terbaca balik haha aku cuma harap aku belajar tu tak main-mainlah macam sebelum sebelum ini. Oh ya one of the struggle is part bila kena medical check up and urine test actually tak perlu tapi alahai aku kena gak buat test tersebut hm murung jap bila teringat HAHA tapi takpa semua normal. Cuma tq dekat kak Ira lah lagi gigih tunggu aku dalam kereta berjam-jam masa aku dalam klinik tu huhu.
Semoga semuanya baik-baik saja di sana nanti ceh. Aku taktau napa tapi aku rasa post kalini macam sedih pun ada tapi bangga lah dah nak jadi siswi kan kira macam ah taktau lah walaupun aku type ni sikit dan tak se-detailnya, aku still ingat setiap yang terjadi hahaha. Short and sweet! Okay good luck dear self. (1:06 am)