Salam. Haha dah masuk sem 2 baru aku update ini blog ok nampak tak dia punya busy jadi seorang matric student LOL tak gurau je. Bnyak benda aku nak cerita kat sini tapi tak menyempat dengan segala jadah dkt Banting nun di sana huhu so harini aku type sebab haaa tau tau dah cuti sem i mean mid sem break yang hanya berbaki lima ke empat hari lagi wuaaa ya memandangkan kami hanya cuti seminggu je nak buat macam mana ya. Sekarang aku type ni pun sedang di depan tv dan ibu ibapa ku menghantar adik kesayangan pulang ke asrama (demam) cian.
So sepanjang sem 2 ni pun dah macam macam aku dan dak dak kelas ku terpaksa hadap (haha ya terpaksa) contohnya kami dah selesai speaking for muet yayyyy tolong gembira ramai ramai. Jadi after this bermula la writing and so on. Ok lupa nak habaq semua, sem 2 ni haha tiap malam khamis mesti ada kelas Kimia huhu di situ sebab apa? Dak kelas saya gemar beriadah pada waktu petang, jadi disebabkan ada kelas malam, hm tidaknya la kami nak turun astaka. Lagi menebal ada laaaa ;'(
Ok pastu nak cerita apa eh. Haa nak kasi throwback sem 1 punya story sebab benda ni first time ku haha tekaaa. Tak jangan teka biar aku bagitau sendiri la ye. Haha dia punya feeling sambut birthday dekat sana best nyaaaa i mean ya la ada rakan rakan yang baik hati nak buat surprise utk diri ini hahaha and also my roomates! Tq u guys are awesome! Cewah riak. Tak tak korang kena faham aku ni first time berjauhan dengan ibu bapa maksudnya first time duduk asrama dengan orang yang tak dikenali (dulu la) pastu ada pulak yang ingat birthday saya huhu terharu dia maleh la nak sembang kang sembang kari pulak. Ok gambar ada tapi malas jugak nak korek ada di mana so nanti nanti ya.
Yang lain semua masih normal. Hidup aku sebagai seorang Farah pun masih normal. Rasanya post ni more to throwback kot haha so cuti ni memang menghadap buku juga sebab Mdm ada kata cuti ni cuti lecturer, cuti ni rahmat untuk student ulangkaji hm ok ok so tu je kot. Dah, nak pergi life betul betul huhu ciao.