24 December 2017

Study week be like...


Morning. Harini dah Ahad meaning that study week is almost gone hm

But im still here typing bla bla untuk dibaca next time haha so sekarang jam 9:24 am. Aku baru qada' Subuh dan tiga-tiga roomate aku masih syahid. Apa nak cerita eh haa takkan nak tulis pasal Analytical.. Programming lak en hah

Good luck jela untuk diri sendiri ini dan rakan rakan yg akan menduduki final gak tak lama lagi. Tak lama wehh dua hari ja tinggal ni. Jaga makan, kesihatan semua ya haha ni semua pesanan untuk aku sendiri oh malam tadi baru melantak maggie yayy 

Kira ni second time aku punya 'study week' after dekat matric haritu. Masa kat KMS study week takleh balik, so kalini namanya uni, aku baliklah rumah Sabtu-Rabu. Lama gak tapi apadehal. Ada je member yang balik dari Jumat-Selasa, Rabu terus datang exam fuh

Ok have a good Sundayyy, bye!

16 December 2017

We're so done



When you realize week 14 done. Time for study week struggle week lazy week and lapar week haha

Kenapa dua gambar ni? Sebab habis ja kelas, kami pergi pekan dan jalan sikit walaupun sebenarnya nak hantar member ke tsk (Terminal Sentral Kuantan) je sebab dia nak balik tapi macam lama lak sebab sempat ke Pekan amik member gak Allahu sesat sesat. Malam kami dinner dekat Anieq Steamboat ahhh malas nak cerita hahahaa siapa yang tahu je tahu.

12 December 2017

From day 1st to week 14th real quick


Salam. I'm back! Ok nak update story dimana this week is 14th week like OMG NEXT WEEK IS STUDY WEEK!!!! And then the day comes. Hahaha oh macam ni rupanya dia punya 'busy nak final'. Sekarang baru aku rasa apa itu busy tapi ada kes aku busy, sampai taktau nak buat apa dulu hm tu biasa. Wowwerz aku rasa macam sekejap ja rasa macam baru je melangkah kaki ke UMP hihi. Alhamdulillah so far everything was okay even not so okay, okay kan je la. Since assignment and project pun dah submit imma happy gurllll.


Tapi harini baru Selasa ya jadinya esok dan lusa sis still ada Test 2 untuk subject Analytical chem and Organic chem yahh Chemistry is my lifeee, my stuff and my everythinggg. So lepas ni ha apa lepas ni lak sekarang la aku patut study bukak buku bukan update benda ni tapi takpa, kita chill jap haha

View nak pergi pasar malam setiap Khamis.
Tengok betul-betul, nampak bumbung biru pasaq.

Study, study juga. Pam jantung kasi tambah oxygen pun penting!

So basically ni je la rutin aku beberapa minggu ni. Takda yang menarik tapi aku akan ingat..... sekian.

26 November 2017

3rd Interview

Salam. Aku nak cerita terus dekat sini apa yang berlaku harini. Pengalaman aku pergi interview untuk join project ke luar negara. Cuba nasib but more to pengalaman. Silakan.



24/11/17 Jumaat
Classmate ajak join interview kelab ada nak buat projek ke luar negara. Aku punya la excited and terus on. Sebab aku tau ayah umi mesti on je as long as under UMP ok dah nak isi googdoc dah. Tapi tak ingat. So belum isi.

25/11/17 Sabtu
So petang tu member tu tanya dah isi ke? Aku kata belum lah lupa. And masa dia whatsapp tu aku tengah takda mood penat nak berehat. Kasi aku fikir balik nak pergi ke tak program tu. And malam tu tanya la ayah umi kasi je so aku on la balik, aku isi nama untuk aku dengan member aku tu. 

Malam tu kitorang ada discussion sikit buat maths. and memang dari malam dah nervous haha padahal ingat cam takda apa pun. Aku bukan harap dapat pergi, cuma kalau ada rezeki ada lah. Ok kami decide nak jumpa kat bawah around 8 lebih la sebab benda tu start kul 9. Naik bilik terus pilih baju nak p kai apa untuk esok haha

26/11/17 Ahad
Aku bangun lah wah semangat lah nak ke interview. Siap punya siap, aku dudukkah kat kerusi. MAsa ni around 8.40 am. Member pun whatsapp lah

"Fatah" Dia typo.
"Farah"
"Ha"
"Bapaku marah aku pergi. Aku tak mendapat keizinan"


Time ni aku dah mental like whatttt tapi aku chill lagi

"Teman aku boleh?" Aku minta lah dia teman ke sana. Tapi aku bukan pengecut pun haha

"Nanti dorang sangka aku ikut."

Aku dah start tak reply ah. And she said sorry lah kan. Aku just cakap "Oraittt".

So macam tu la permulaan hari Ahad ku. Aku fikir aku dah siap, tinggal nak gerak ke tempat je. Oh ya tambah pula pagi tu hujan and patutnya aku ada color run, tapi aku sanggup tak pergi hm walaupun dah bayarrrr okay lah nak pengalaman interview and member punya pasal. 

Aku keluar depan pintu bilik, aku call umi. Kata member tak dapat pergi lak. Macam mana ni kan. Aku call bukan sebab tu punu takleh fikir ke ha macam yala ko bayang la dahla dia yang ajak aku, tetiba dia yang last minit tak boleh lak. Dah bapa dia tak kasi aku takda lah nak cakap apa. 

Aku call umi ayah kata terpulanglah kat aku. Syiqeen pun kata kalau farah rasa benda tu bagus, pergi je. Same goes to ayah umi kak ira and syia. So aku pun fikir lagi, aku nak pergi ni bukan sebab member ajak je. Aku pergi interview tu sebab nak pengalaman. Dari malam tu aku dah buat research sikit, takkan aku tak cuba en. 

So lepas dah call, aku dah waras sikit lah. Aku terus amik beg and terus jalan ke tempat interview tu la. Depan tu je tapi bila fikir lagi, kadang macam mana aku boleh ada kekuatan nak pergi sana. Maybe yang baca ni kata 'ala interview je. Buat apa nak takut sangat'. Entah aku lepas je submit nama untuk ke interview tu, aku dah tak senang duduk. Malam tu jangan cerita la abang tu lak tetiba whatsapp aku masatu aku dah rasa cam cuak gila taknak pergi. Meh aku share conversation kami.

"Assalamualaikum, Saya dot dot dot (dia nak tau aku betul datang ke tak and datang pukul berapa)
Ah sudah. Aku memang taktau nak reply apa sebab dalam otak aku dah taknak pergi. Cuak taktau nak cerita. Takut apa soalan yang dia tanya haha. So aku reply lambat sikit,

"Wassalam. Saya nervous sebenarnya ni"

"Alright. Takpa2 belajar cari pengalaman haa. Kena kuat mental fizikal, u can do it (thumb up). Baca sikit pasal Philippines"

Aku pun cam okay lah insyaAllah esok datang hahaha. 

So sambung balik. Aku dah sampai sana dia kasi borang and personality test. So note that aku pergi sorang without member. Sebab aku fikir kat sana mesti ada orang gak. Aku join je la senior sana dorang dari campus Pekan aku cam oh and dorang dah 4th year hm aku je ke 1st year ni haha.

Ya Allah aku tak sangka interview tu ambil masa almost sejam setengah dan aku rasa kalau dia tambah lagi soalan aku boleh pengsan haha takla aku cuma terkejut. Kami di-interview sekali lima orang terus and ada empat panel which is dua nya alumni ke sorang tah. Ada sorang panel laki ni asyik pandang aku aku dah cuak. Mungkin muka aku nampak tak confident. Aku perasan memang dari awal dah, so at last session, dia open ada apa apa nak tanya or share apa apa tak. Aku pun angkat la tangan and cakap..... cakpalah yang aku tak confident pun dengan event kali ni. Aku cuma datang untuk dapat experience interview, tak harap pun akan terselect lah. Aku kata gitu. Lepas aku kata centu aku lega la sikit hahaha macam bagi hint yang 'takyah lah pilih aku'.

Seb baik sepanjang interview perut aku behave pagi tu memang sakit perut makan samyang semalam. Bagus farah. So kami dah keluar tempat tu, dekat luar panel yang aku kata dia pandang aku tadi approach aku.

"Memang datang tak bawa kawan ke sorang ke?"

AAAAAAA aku nak nangis masa dia tanya tu. Hm Aku cerita la balik yang patutnya aku pergi dengan kawan, tapi last minit dia cancel  lak. And dia kata apa tauuuu

"Takpa lah bagus lah awak atleast belajar something kan ha kawan awak tu tak dapat".

Puasnya dengar dia kata gitu. And ya aku meleleh la sikit sebab taktau nak kata apa. Kira tak sia-sia aku tak pergi color run pagi ni, aku join interview ni. Terpilih tak terpilih lain cerita. Yang penting aku puas sebab aku cuba. And bukti yang aku pergi sana bukan sebab kawan. Hehe proud to be myself lah today haha. Alhamdulillah, sekarang aku nak tidur dan siapkan semuanya. Yang baca sampai habis tu thank you and sila lah jadikan panduan tak banyak, sikit pun takpa. 

Biasalah orang kalau member takjadi pergi ni biasa memang taknak pergi juga. Tapi peduli apa aku. At least i learned something todayyy. So bye!

07 November 2017

MY DAYYYYY

Its 7 Novemberrrrrr

04 November 2017

Met Hilman Yong finally!

yay Hilman is yayyy
Malas la nak cakap banyak, tengok sendiri la gambar tu. Gigih aku nak sampai dekat atas stage tu tau haha a very very thank you to Mai and Sal teman aku jumpa apek ni harini. Sepetang kita lepak bandar ok la today was perfect lah for me haha

Pagi-pagi dah call Mai and Sal nak confirm pergi bandar haaa punya semangat alahai



So sampai je mall, tak sempat tengok Alvin sembang dengan fans, ok takpa. Aku terus gi tepi stage sebab orang dah start kerumun nak bergambar sorry mai and sal, aku tinggal korang haha Mai sempat ambil gambar kami dari jauh hehe thank you geng.


Dah puas hati dapat bergambar, kita pergi cari makanan isi perut and layan The Promise which is tak seram pun music backgrond dia je gempak nak mampus haha tengok wayang after a while wehh cuti midsem haritu pun tak sempat so ya, why not todayyy


Keluar mall 745pm gitu pusing pusing la nak cari bas. Tetiba tersinggah pasar lambak UTC lakkk sampai bas tak dapat seat hm kami okay saja macam biasa la. Okay sekian, thank you Hilman hahahaha

FIST Dinner 2017



so ya im back with new weekend story haha one day ada senior announce anyone yang nak jadi committee for dinner boleh tulis nama and nanti ada interview. So at that time memang awal awal lagi so semangat tu melampau sikit aku pun isi saja nama and attend the interview haha ada ke aku pergi bantai "saya takda experience pun join event2 ni" haha! Tu starting dia. And i was choosen to be part of the committee (publicity unit; thank you Camie and other member layan farah yg slow ni). A few meeting ada (tiga je) (but still it is meeting).

Masa pergi interview ada member lagi dua orang and dua dua also dapat, tapi beberapa hari bfr event dorang tarik diri (for some reason myb) (idk they didnt tell me anything) i feel like erghh okay than everything is good! From registration till naik bas balik kolej. 

My lovely publicity unit

Haha aku je yang lembap. Senior tanya aku dah makan ke sampai dua kali beb aku tak jawab, sebab dekat sangat dgn laki ni (crush la, malas nak sebut) nerveous gitu lol tak crush la buat cuci mata saja. Tapi kalau dapat apa salahnya hm apa ni ok

Oh and tak sangka one of my lecturer is vip malam tu aha aku lahaiii sengih sengih ja dah la kerja dia tak siap lagi, tetiba jumpa dekat dinner hahaha esok pulun la diri ni siapkan lab report and everything, cheer up dearself! 



28 October 2017

Crazy run is real


Annur, me and Annur's friend

So today was my very first time joining run event. 

Ada choice crazy run or fun run. So aku pilih crazy run punya category lah sebab nama pun Crazy run kan. Guess what 10km is real!! Jauh dia taktau nak habaq cane ya la lagipun first time join and tetiba terus 10km hah rasakan. 

Thank you Milo also support Crazy run hehe
Basically aku minum tiga cawan milo tu haha sebab sodap sangat tengah tengah panas dapat milo sejukkk.



But finally I made to finished it yayy so proud weh jauh kot tour satu UMP and sampai ke sekolah sukan depan tu and kena naik jejantas fuh crazy tak crazy la hehe okay thats all.

23 October 2017

"Show me!"-Hilman Yong

"On tv cepat, nak tengok Awak Suka Saya Tak. Nak tengok Hilman."

So basically cuti mid sem is over. Aku balik dengan impian nak marathon tiga drama, which is Girlfriend aku dari neraka, ASST and While you were sleeping. Tapi okay la dapat selesaikan dua drama haha. Kegigihan aku bawa pulang jotter book for Chemistry lab tergantung sepi.... tak tergantung, tersimpan rapi dalam beg aku.

Buat masa ni, Hilman Yong is life haha malas la nak kira dah berapa kali ulang episod last dia fuh. Aku, Syia dengan Umi fangirling teruk kot dekat si Apek tu. Skrip siap hafal cis. Bagus betul kalau aku dapat apply in study i mean ya la ingat every each word dia haha

And aku balik semula ke kolej Ahad which is semalam. Aaaaaa berat sungguh harta aku nak kena angkut dari turun bas dekat bus stop depan ehh luar Uni hm terik dia pukul 3 setengah tu takleh bincang la Allah je tahu betapa bahu aku nak longgar dah. Mujur tak tertanggal. Ada sepuluh minit jugak la aku race dengan gegirl yang sama turun bas juga untuk sampai dulu ke kolej.  Ko bayang la beg sekolah tu isi laptop denganair milo kotak ada lapan plus jotter book dengan paper yang aku print tak ingat dunia malam tu pastu dengan beg plastik ikea yang paling besar dan fully occupied semuanya aku sumbat. Also dekat tangan ada sweater and bantal yang tak muat dah nak masuk kat mana mana beg hah rasakan.

Actually dah cukup tidur dalam bas, tapi disebabkan angkut beban tu yang buat aku terdampar atas katil dengan roomate semua belum balik haha tapi aku suka. Bilik ni aku yang punya. Aku bantai la tidur sekejap ye. And perasan roomate dah balik but teruskan je tidur hihi. Sampai ke malam, sampai ke subuh baru lagi dua manusia ni pulang gak ke bilik. Bas malam so dorang prefer tidur dalam bas la tu.

Bila dah sampai sini, after a week duduk rumah, hm rindu rumah gak la. Rindu nak golek golek atas katil lama-lama. Tak study.... haha so another 8 weeks to go, study week and welcome to final Farer muahaha good luck dearself.

29 September 2017

Week 4 as university student.

Salam. Sis dah bergelar student sekarang hehe Alhamdulillah. 

Almost 4 weeks dah stay di sini and haha aku cakap memang lain sangat la dengan matrics life. People said dah masuk U tak busy dah boleh selalu lepak keluar bila-bila bolehhhh ya boleh boleh tapi bila Campus di Gambang ni nak ke bandar Kuantan saja dah satu jam bila naik rapid la. Aku dah pernah la sekali ke bandar hm taubat la penat nak mampesszzz kena berdiri dalam bas satu jam okayy. Tapi after this pergi lagi tapi taktau lahh. 

So kelas pun dah start and aku still takda geng. I mean yang ke sana sini bersama. Ada tu ada Alhamdulillah setakat ni yang ada tu lah yang dah faham sikit perangai tak semenggah aku. Contoh member terdengar aku nyanyi sekali lagu Clever girl kebetulan ada dkt tv cafe. Siot dia bantai gelakkan aku sebab dia tak pernah dengar lagi orang nyanyi lagu tu hm so ya thats me. 

Roommate okay. Dua dari Kelantan sorang Kedah hah rasa macam gi ziarah rumah makcik mana-mana tah bila makan sama-sama and mereka cakap guna bahasa mereka pastu gelak terbahak. Aku yang kurang faham ni dok tengokkan ja dorang pastu habiskan makanan. Day by day makin okay lah haha kalau masa orientasi haritu hah kau tak bersembang. Sepi sayu je bilik rasa nak hujan je selalu dalam hati.

Takda banyak cerita la sem1 je baru dan 4 minggu. Haaaa belum empat tahun lagiii nak kena hadap semua ni. Tabah lah farer. Ok aku sedang type atas katil sekarang member sorang pergi gym, sorang gerak ke Pekan and sorang lagi tengah explore laptop baru masih panas lagi. Ok lagi 3 weeks untuk ke mid sem haha asal buka almari je syahdu sbb nampak tiket bas aaaaaaa nak balikkkk.... And macam biasa la minggu nak balik la memang semua test nak pulun waktu tu. Semoga cekal kuat dan sentiasa gigih. Masih lagi belajar and adapt dengan suasana sini. Even baru 4 weeks, tapi aku dah jumpa sorang member yang hahahahahaha tah malas nak cerita. Nak nangis rasa bila kita gigih siapkan kerja awal before cuti, tetiba dia mintak nak tengok kita punya kerja hm sis murung jap. Ok tu saja.


12 August 2017

Sis dah besar dah.

Selamat malam.

Aku type sekarang pada jam 12:53 am. Kenapa aku gigih malam ni? Sebab nak kena settle semua document nak masuk uni dah hehe eh U mana? Pahang beb. Jauh teruk tapi dah rezeki gue di sana. Nak ceritanya aku malas ya amat nak siapkan semuanya sebab dia macam leceh tapi ya la nak tak nak kena siapkan everything before 14 Ogos yezz.

Tak tau macam mana haritu nak settle masuk matriks macam senang je cuma kali ni nak kena aupload jadah pastu dengan transkrip yang tak sampai rumah lagi hm dugaan lah sampai tetiba ciwek nangis sbb ayah tetiba cam tak jadi nak bawak gi dapatkan pengesahan bagai tu haha tapi ayah bawa juga hehe.

So selepas beberapa bulan sis menganggur di rumah, eh bukan la menganggur sangat cuma macam jadi hiasan je la kat rumah en ha akhirnya dapat jua sambung study yayy And its degree beb dia punya cuak masa nak tau result upu tu lain macam sikit lah. Tapi before keluar result tu taklah resah mana. Tapi bila dah tau aku akan sambung belajar di mana tu fuh dia punya tak senang duduk tu memang melampau taktau nak kata. And kena settle kan semuanya before masuk u.

So saja je nak type kat sini sebab lain kali boleh baca balik betapa gigihnya nak siapkan segala nya untuk permulaan hidup baru ceh. Mana tau dah habis belajar nanti terbaca balik haha aku cuma harap aku belajar tu tak main-mainlah macam sebelum sebelum ini.  Oh ya one of the struggle is part bila kena medical check up and urine test actually tak perlu tapi alahai aku kena gak buat test tersebut hm murung jap bila teringat HAHA tapi takpa semua normal. Cuma tq dekat kak Ira lah lagi gigih tunggu aku dalam kereta berjam-jam masa aku dalam klinik tu huhu.

Semoga semuanya baik-baik saja di sana nanti ceh. Aku taktau napa tapi aku rasa post kalini macam sedih pun ada tapi bangga lah dah nak jadi siswi kan kira macam ah taktau lah walaupun aku type ni sikit dan tak se-detailnya, aku still ingat setiap yang terjadi hahaha. Short and sweet! Okay good luck dear self. (1:06 am)

23 June 2017

#DonePuasa

Salam. So its been a while haha. Ya firstly, im so done with matrics life and second thing is basically Farah Raihan sedang mereput tak berkesudahan after almost a month. Everything is fine cuma maybe berat makin naik (?) Haha

Congrates to my dear roommates and craziest classmates on you guys punya result pspm 2 and takziah untuk diri sendiri yg mental sebab pointer turun walaupun sis dah cuba bagi tangga kejayaan. Takpa itu yang terbaik en.

Next, since aku hanya duduk rumah ja jadi takda benda lah nak dijadiakn story ok kalau nak tengok story saya sila lah jenguk ig saya takda hal. So merujuk kepada title di atas hm belum habis Ramadhan pun lagi tapi vibe raya kian terasa. Ha ke aku je yg rasa nak raya hehe and didn't expect much pun raya tahun ni cukup dapat baju raya ok lah (hahaha) kalau sangkut dgn mana mana jodoh tu kira bonus kot? Hah gatal.

Ya la last year kan puasa di kms jadi tahun ni kita counter la balik apa salahnya kan. Takda iftar ramai ramai dgn member pun kali ni sebab masing masing ada life sendiri jgn risau sis redho. Rindu juga 333 huhu kalau tak sekarang mesti lepak Kosmik hm pastu makan satay banting haha hashtag satay4lyfe. Rindu Yeochins & DQ(s) 💖✨

So selamat berpuasa and selamat hari raya to all of you! Balik raya hati hati. Bismillah jangan lupa ya bye!

21 February 2017

Mid sem break

Salam. Haha dah masuk sem 2 baru aku update ini blog ok nampak tak dia punya busy jadi seorang matric student LOL tak gurau je. Bnyak benda aku nak cerita kat sini tapi tak menyempat dengan segala jadah dkt Banting nun di sana huhu so harini aku type sebab haaa tau tau dah cuti sem i mean mid sem break yang hanya berbaki lima ke empat hari lagi wuaaa ya memandangkan kami hanya cuti seminggu je nak buat macam mana ya. Sekarang aku type ni pun sedang di depan tv dan ibu ibapa ku menghantar adik kesayangan pulang ke asrama (demam) cian.

So sepanjang sem 2 ni pun dah macam macam aku dan dak dak kelas ku terpaksa hadap (haha ya terpaksa) contohnya kami dah selesai speaking for muet yayyyy tolong gembira ramai ramai. Jadi after this bermula la writing and so on. Ok lupa nak habaq semua, sem 2 ni haha tiap malam khamis mesti ada kelas Kimia huhu di situ sebab apa? Dak kelas saya gemar beriadah pada waktu petang, jadi disebabkan ada kelas malam, hm tidaknya la kami nak turun astaka. Lagi menebal ada laaaa ;'(

Ok pastu nak cerita apa eh. Haa nak kasi throwback sem 1 punya story sebab benda ni first time ku haha tekaaa. Tak jangan teka biar aku bagitau sendiri la ye. Haha dia punya feeling sambut birthday dekat sana best nyaaaa i mean ya la ada rakan rakan yang baik hati nak buat surprise utk diri ini hahaha and also my roomates! Tq u guys are awesome! Cewah riak. Tak tak korang kena faham aku ni first time berjauhan dengan ibu bapa maksudnya first time duduk asrama dengan orang yang tak dikenali (dulu la) pastu ada pulak yang ingat birthday saya huhu terharu dia maleh la nak sembang kang sembang kari pulak. Ok gambar ada tapi malas jugak nak korek ada di mana so nanti nanti ya.

Yang lain semua masih normal. Hidup aku sebagai seorang Farah pun masih normal. Rasanya post ni more to throwback kot haha so cuti ni memang menghadap buku juga sebab Mdm ada kata cuti ni cuti lecturer, cuti ni rahmat untuk student ulangkaji hm ok ok so tu je kot. Dah, nak pergi life betul betul huhu ciao.